Ucapan Sulung PM. Ini Komen Najib Yang Dinanti Ramai |Siaran ucapan ‘sulung’ pada petang tadi yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi banyak input kepada rakyat.
Beliau juga turut menyatakan pelbagai rancangan bagi mengembalikan sektor ekonomi, sosial dan sebagainya pulih seperti biasa. Selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut memberikan respons terhadap ucapannya dan dimuat naik di laman Facebook rasmi.
“Kita maju jaya bersama…“
Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna.
Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.
PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini – iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melawan Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi.
Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.
Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini.
Kita maju jaya bersama.
Sumber : Facebook Najib Razak