Umno Tarik Sokongan. Perdana Menteri Jumpa Agong Petang Ini | Politik negara sekali lagi bergolak apabila keputusan Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Baca selanjutnya..
MUHYIDDIN YASSIN JUMPA AGONG
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah, hari ini.
Perdana Menteri dijangka berbuat demikian susulan pengumuman yang dilakukan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta merta.
Ahmad Zahid meminta agar Perdana Menteri untuk berundur secara terhormat bagi memberi peluang kepada pelantikan Perdana Menteri yang baharu.
UMNO mengesahkan menarik diri daripada meneruskan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, penarikan sokongan itu sekali gus memberi kemungkinan PN bakal kehilangan majoriti sebagai kerajaan selain memungkinkan apa-apa situasi untuk berlaku.
“Tindakan UMNO menarik sokongan terhadap PN akan memberi kesan terhadap kerajaan berikutan kehilangan jumlah majoriti seterusnya mungkin membuka ruang kepada proses pembubalan Parlimen.
Jika kita andaikan, keputusan UMNO itu dimuktamadkan, ini bermakna kerajaan Muhyiddin tiada lagi sokongan dan perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengatakan kehilangan sokongan,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.
Katanya, Perdana Menteri mempunyai dua pilihan boleh dilakukannya sekiranya sokongan diberikan parti Melayu tertua itu kekal ditarik balik.
“Pilihan pertama ialah Muhyiddin boleh menghadap Seri Paduka Baginda dengan mengatakan beliau telah kehilangan sokongan seterusnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Kedua, Perdana Menteri boleh memohon untuk membubarkan Parlimen dan memohon kebenaran Al Sultan Abdullah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat,” jelasnya.
Sumber :K osmo