Unsur Lain Kematian Pengasas Dnars Skincare, Polis Kelantan Minta Interpol Siasat Polis Kelantan menyerahkan isu berkaitan kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad kepada Kementerian Luar (Wisma Putra) dan Polis Antarabangsa (Interpol). Baca seterusnya.

KOTA BHARU – Polis Kelantan menyerahkan isu berkaitan kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad kepada Kementerian Luar (Wisma Putra) dan Polis Antarabangsa (Interpol).

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya tidak membuka kertas siasatan sebaliknya mengambil keterangan terhadap individu terlibat sebagaimana laporan yang dibuat oleh pengadu.

“Dia (pengadu) buat laporan, jadi kita akan ambil keterangan kerana hendak tahu apa sebenarnya berlaku kerana laporan itu terlalu umum.

“Bagaimanapun untuk siasatan apa yang dipertikaikan, masalah semasa kejadian dan apa yang berlaku kita akan rujuk (hantar) pada Wisma Putra dan Interpol,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.

Muhamad Zaki (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin semasa perhimpunan bulanan IPK Kelantan

Muhamad Zaki berharap, pihaknya diberikan ruang untuk meneliti satu persatu laporan yang diterima bagi memberi keadilan kepada semua.

“Keadilan ini mesti mempunyai fakta yang tepat dan polis tidak mahu masyarakat membuat andaian sendiri.

“Ini bukan siasatan kes kematian tetapi siasatan berkait laporan yang dibuat sama ada ia benar atau tidak.

“Hal kematian dan kemalangan itu sudah disiasat di sana (Thailand) dan perkara tersebut telah lama berlaku,” katanya.

Beliau menjelaskan, dalam siasatan dalaman dilakukan, pihaknya akan meneliti individu yang disebutkan dalam laporan polis sekiranya ia boleh membantu siasatan.

“Siasatan tersebut terarah kepada apa yang didakwa oleh pengadu.

“Kejadian ini berlaku sekian lama mungkin berdasarkan percakapan saudara mara, rakan-rakan menyebabkan ia menimbulkan curiga,” katanya.

Katanya, jika ada kebenaran polis akan rujuk pihak berkuasa negara jiran untuk siasatan lebih lanjut.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli keluarga kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare tampil membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lebih lanjut dilakukan berhubung kematian Allahyarhamah Faziani

Rohban Ahmad yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019.

Sumber: SH

Share.

Leave A Reply