Ustaz Ebit Lew Terjah Rumah Makcik Berkerusi Roda Yg Viral Semalam.

| April 8, 2020 | 0 Comments

Ustaz Ebit Lew Terjah Rumah Makcik Berkerusi Roda Yg Viral Semalam. | Semalam tular satu video daripada Facebook seorang anggota berkuasa yang sedang bertugas, Khairul Zulkefli berkongsi video seorang warga emas OKU yang dikatakan mahu ke pasar raya berdekatan membeli barang keperluan harian.

Video tersebut meraih simpati netizen kerana dia hanya pergi berseorangan tanpa sebarang teman dalam keadaan berkerusi roda.

Mak cik ni OKU, dia nak pergi pasaraya NSK, tapi takda mask. So kami bagi mask dan glove pada makcik ni. Dia sorang-sorang je pergi beli barang, takda siapa yang bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran BPN. Semoga dipermudahkan segala urusan mak cik ini.

Alhamdulillah hari ini Ustaz Ebit Lew pergi mencari di mana makcik itu tinggal untuk menghulur sedikit bantuan. di bawah antara coretan daripada Ustaz Ebit Lew :

Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik. Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Tengok ada adik muda yang baik nak pergi rumah makcik ini tapi dia tak nak buka pintu.

Bila saya sampai buka mask. Dia menangis. Dia kata ustaz cina penceramah tv. Ebit lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.

Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangus semua yang ada disitu. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan.

Sekarang dah tak jual sebab PKP. Dengan kerusi roda elektrik tu dia kesana sini cari rezeki. Allahuakbar. Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya.Menangis mendengarnya.

Dari mula kakak ni menangis. Tanya pasal Islam. Dia betul-betul kenal saya. Dulu berisi sikit katanya. Saya tak pandai mengaji. Kadang Tahajud susah nak bangun berwuduk. Beliau peluk Islam umur 20an.

Saya beri belanja padanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan.

Katanya doa ini ajaib dapat jumpa ustaz. Berulang dia kata happy dapat jumpa saya. Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua

Saya dah ambil nombor adiknya di singapura untuk dapatkan nombor maknya. InsyaAllah akan ziarah maknya nanti. Dan bawa akak ini. Doakan yer. Saya minta beliau doakan saya.

 

Bertemu Makcik Berkerusi Roda Ketika Bertugas. Apa Yg Makcik Ni Cerita Buat Ramai Sebak. Ada Video.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *