Van Bawa Anak Yatim Langgar Lori.5 Cedera.

| September 9, 2020 | 0 Comments

Van Bawa Anak Yatim Langgar Lori.5 Cedera. | Sebuah van membawa 18 penumpang terdiri anak yatim dari sebuah rumah kebajikan di Titiwangsa Kuala Lumpur terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 445.9 Lebuhraya Utara Selatan hari ini.

Kemalangan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku jam 5.18 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas van jenis Urvan dinaiki kesemua mangsa telah melanggar belakang sebuah lori.

Anak yatim

“Pelanggaran itu menyebabkan lima daripada penumpang iaitu dua orang dewasa dan tiga orang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya.

Katanya, van tersebut dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita dewasa, lapan kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

Katanya lagi, mereka yang tidak mengalami kecederaan telah ditempatkan sementara di BBP Rawang.

Sumber : SH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *