Kereta jenis Toyota Fortuner milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) rosak selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang hilang kawalan di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) selepas tol Damansara, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu kira-kira pukul 12.10 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu telah berlaku sekitar pukul 10 malam, semalam.

“Kejadian berlaku apabila MPV Toyota Vellfire yang dipandu di lorong kiri oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun telah hilang kawalan.

“Ekoran itu, kereta Toyota Fortuner milik JPJ yang sedang melakukan rondaan di lorong kecemasan telah terbabas ke kiri jalan selepas berlanggar dengan kereta Toyota Vellfire tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakhruddin, akibat perlanggaran itu, anggota JPJ lelaki berusia 38 tahun yang berada di sebelah kiri pemandu mengalami kecederaan ringan di bahu.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Columbia untuk menerima rawatan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber : Kosmo 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki [email protected] Tersepit Pelanggaran 2 Kenderaan

Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Kilometer 20, Jalan Bentong – Raub berdekatan Lurah Bilut, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, mangsa Mohamad Riduan M. Shafri, 23, yang memandu kereta maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala penumpang yang berusia 25 tahun cuma cedera ringan.

Superintenden Zaiham Mohd. Kahar, Ketua Polis Daerah, berkata, siasatan polis mendapati kereta yang dipandu Mohamad Riduan dari arah Bentong cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan tetapi terbabas.

Beliau berkata, kereta mangsa bertembung dengan lori muatan tong gas yang dipandu lelaki berusia 57 tahun yang datang dari arah Raub ke Mentakab.

Beliau juga berkata dalam kenyataan bahawa akibat kemalangan ini, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan disahkan maut oleh petugas perubatan di tempat kejadian.

Menurut Zaiham, penumpang kereta berkenaan cuma mengalami cedera ringan, manakala pemandu lori tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata lagi, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zaiham selanjutnya berkata, pihak polis turut meminta kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Ujarnya, pasukan bomba juga melaksanakan kerja pembersihan serpihan kenderaan bagi keselamatan orang ramai di tempat kejadian.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply