(VIDEO) Aksi Berani 2 Wanita Kejar Peragut Dirakam CCTV | Jakarta – Tindakan berani dua wanita yang melawan peragut dalam satu kejadian ragut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah kawasan perumahan di wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video tular itu dimuat naik di akaun Instagram dengan nama @onlinebekasi yang telah menerima lebih 16,000 tontonan setakat ini.

Kejadian itu berlaku di Perumahan Wahana Pondok Gede dalam daerah Bekasi, semalam, sekitar pukul 4.53 petang (waktu tempatan).

TONTON DETIK-DETIK KEJADIAN MERAGUT :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Info Seputar Bekasi (@onlinebekasi)

Kelihatan dua lelaki berpakaian hitam dan ungu dengan topi keledar putih menunggang motosikal berwarna merah di simpang sebatang jalan.

Dua orang wanita kemudiannya muncul di sebelah kanan jalan, dan bertindak memberhentikan motosikal mereka setelah melihat dua lelaki mencurigakan itu memusingkan motosikal yang dinaiki.

Dua lelaki berkenaan secara tiba-tiba menghampiri dua wanita terbabit dan menyambar telefon bimbit milik mereka sehingga menyebabkan motosikal dinaiki mangsa terbalik.

Kejar-mengejar berlaku antara peragut dengan mangsa yang menunggang motosikal untuk cuba memintas mereka dari arah bertentangan, namun gagal kerana terjatuh.

Kedua-dua peragut itu terus memecut hingga ke pos keselamatan sebelum seorang pengawal berlari keluar dan memintas kedua-dua mereka.

Malangnya, pengawal berkenaan dilanggar oleh motosikal peragut itu sehingga dia terjatuh dan pengsan, manakala suspek berjaya melarikan diri.

Kejadian tersebut mendapat perhatian dan komen netizen.

“Aksi gadis itu sangat bagus, saya tabik kepada anda,” kata seorang netizen.

“Wanita yang berani,” balas seorang lagi.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply