(VIDEO) Aksi Konvoi Kereta ‘Berlumba’ Berakhir Tragedi

| October 10, 2021 | 0 Comments

(VIDEO) Aksi Konvoi Kereta ‘Berlumba’ Berakhir Tragedi | Petaling Jaya – Keseronokan beberapa buah kereta berkonvoi serta memandu secara laju dan melulu di Jalan Ulu Yam berakhir dengan tragedi apabila salah sebuah daripadanya terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.44 pagi itu, kemalangan tersebut berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum ia tular di laman Facebook.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, kelihatan tiga buah kereta dipercayai sedang ‘menguji jentera’ sebelum salah sebuah daripadanya bertembung dengan dua buah kenderaan dari arah bertentangan iaitu lori dan sebuah kereta lain.

VIDEO KEMALANGAN TERSEBUT :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana nasib kesemua mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut sama ada terdapat kecederaan atau kematian.

Susulan perkongsian rakaman itu, rata-rata pengguna berang dengan aksi mereka yang membawa kereta secara melulu di kawasan jalan kampung yang sempit.

“Kawasan jalan sempit pun nak tunjuk hebat, kalau rasa nak ‘race’ sangat pergilah ke Litar Sepang tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa,” tulis Pengayuh Beca Sahaja.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jebat Belum Derhaka.

“Nasib baik tak rembat penunggang basikal sekali, kalau tidak mesti ada kehilangan nyawa. Polis sila pantau laluan ini, selalu sangat jadi litar lumba haram,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *