Seramai empat individu cedera selepas sebuah ambulans St. John yang dalam perjalanan menghantar pesakit ke Hospital Pulau Pinang (HPP) terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta sebatang pokok sebelum terbalik di Jalan Masjid Negeri, di sini semalam.

Kemalangan itu mengakibatkan pemandu ambulans berusia 22 tahun; pembantu perubatan (28 tahun); pesakit wanita (54 tahun) dan anak perempuannya (24 tahun) mengalami kecederaan antaranya di kepala, muka dan beberapa bahagian badan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan, dalam kejadian 4.40 petang itu, pemandu ambulans dan pembantu perubatan sedang dalam perjalanan dari Sungai Ara selepas mengambil pesakit dan anak perempuannya untuk dibawa ke HPP.

“Apabila menghampiri Jalan Masjid Negeri (menghala ke Jalan Scotland), pemandu ambulans hilang kawalan menyebabkan ambulans terbabas melanggar pembahagi jalan dan sebatang pokok di sebelah kanan jalan lalu terbalik.

May be an image of 2 people and outdoors

”Pemandu ambulans, pesakit dan anak perempuannya tersepit di tempat duduk dan selamat dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya di sini hari ini.

Saravanan berkata, pemandu ambulans itu mengalami kecederaan di tangan dan kepala manakala pembantu perubatan cedera ringan di muka dan tangan.

”Pesakit mengalami kecederaan di kepala manakala anak perempuannya pula cedera di kepala dan muka,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber : UM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

 

2 Remaja Cedera, 3 Lagi [email protected] Kereta Terbabas

Tiga remaja maut, manakala seorang parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar-Butterworth, awal pagi Selasa.

KERETA dinaiki mangsa terbabas di pembahagi kiri jalan menghala Padang Temusu. FOTO Ihsan Pembaca.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu kereta, Muhammad Aiman Rusdi, 17, serta dua rakannya, Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, dan Mohd Iman Mohd Akhir, 17.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Dua lagi rakan mangsa, Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 17, cedera parah dan kini masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, manakala Alif Danial Abdul Aziz, 15, pula cedera ringan.

Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, berkata siasatan awal mendapati kereta dinaiki semua remaja itu dalam perjalanan dari Bakar Arang menghala ke Padang Temusu, sebelum dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi kiri jalan.

Beliau berkata, kereta jenis Honda itu dipercayai dipandu laju dengan impak perlanggaran yang kuat menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan serta seorang daripada tiga penumpang belakang maut di lokasi kejadian.

Beliau berkata lagi, seorang penumpang di bahagian belakang cedera parah dan kini dirawat di HSAH, manakala seorang lagi hanya cedera ringan.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Zaidy berkata, mayat ketiga-tiga remaja itu dihantar ke Unit Forensik HSAH untuk bedah siasat.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply