(Video) “Awak Merajuk Ke Awak Tengah Sembahyang?” Bapa Bebel Sehingga Anaknya Merajuk Buat Ramai Terhibur

| February 16, 2021 | 0 Comments

(Video) “Awak Merajuk Ke Awak Tengah Sembahyang?” Bapa Bebel Sehingga Anaknya Merajuk Buat Ramai Terhibur | Begitulah kanak-kanak, semakin dia menginjak usia bermacam keletah atau gelagat dia mula keluarkan. Ada juga gelagat mereka yang buatkan ibu bapa dan juga orang lain terhibur. Tidak kurang juga dengan yang bermasam muka atau merajuk selepas ditegur oleh orang tua mereka.

 

Semalam pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim memuatnaik satu video dan berkongsi di laman Twitternya mengenai seorang bapa yang menegur anaknya. Lalu, anak tersebut merajuk dan memalingkan muka ke tepi seperti tidak mahu memandang muka bapanya.

Papa tegur awak sebab papa sayang. Tak Bolehlah macam ni. Tegur sikit, merajuk. Tegur sikit merajuk. Dah daging tu keras, awak punya gigi dua batang depan tu dah hilang. Lagi awak nak mengunyah. Awak mengunyah pun tak betul lagi. Lepastu awak nak makan daging macam orang besar. Orang suruh makan nasi, awak tak nak makan nasi. Bila saya tegur awak merajuk.

Awak dah dua tahun. Kene matang lah sikit. Papa cakap dengan awak ni. Awak nak tegak macam tu sampai pukul berapa? Awak merajuk ke awak tengah sembahyang? Papa tegur awak sebab papa sayang awak. Kang awak batuk-batuk malam nak tidur macam mana. Daging tu makanan orang tua. Kene lah terima sikit, mana boleh semua benda awak nak masuk dalam mulut

Gelagat budak tersebut telah menghiburkan ramai warganet dengan meraih lebih 700 ribu tontonan.

Sumber : Fikry Ibrahim

Tags: , , ,

Category: DUNIA, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *