Tular satu video kemalangan membabitkan dua penunggang motosikal merempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang disyaki melanggar lampu isyarat merah pada Isnin.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, kelihatan laluan yang digunakan oleh pemandu Axia itu dipercayai lampu isyarat sedang berwarna merah kerana didapati beberapa kenderaan sedang menunggu giliran.

Namun pemandu Perodua Axia berwarna oren itu memecut laju dan melanggar lampu isyarat sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa penunggang motosikal merepuh kenderaan terbabit.

Salah seorang mangsa kemudiannya dilihat melambung dan kepalanya terhentak di atas jalan sehingga menyebabkan helmetnya tercabut.

Berdasarkan video berdurasi satu minit dua saat itu, pengguna jalan raya yang berada di kawasan itu segera memberhentikan kenderaan dan menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Difahamkan, kemalangan berlaku di Jalan Medan Masria, Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai berang dengan tindakan pemandu Axia terbabit.

“Dah nampak depan mata ada orang lain tengah tunggu traffic light bertukar hijau, takkan nak pancung terus,” kata Ismael Yaakob.

“Ya Allah! Ngerinya semoga kedua-dua penunggang motosikal itu dipermudahkan segala urusan,” jelas Afiq Mat Yob.

“Sakitnya! Nampak pula kepala dia terhentak dekat atas jalan macam itu, pesanan untuk pemandu Axia kalau tak reti bawa kereta sekurang-kurangnya memandu dengan akal,” ujar Mokhsin Amaar.

Melanggar lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa.

Kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh dikenakan denda kompaun sehingga RM300 di bawah Kaedah 17 dalam Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Wanita Langgar Lampu Merah, Nyaris Dirempuh Oleh Bas Rapid

Tular seorang gadis nyaris menjadi mangsa kemalangan apabila hampir dilanggar sebuah bas gara-gara tidak mematuhi lampu isyarat merah, dalam kejadian dipercayai berlaku pada Ahad kelmarin.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berhenti di lampu isyarat di persimpangan terbabit.

Menerusi rakaman video tersebut, gadis itu yang menunggang motosikal dilihat memecut laju tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Selain itu, seorang lagi penunggang motosikal di sebelahnya turut mahu meneruskan perjalanan tetapi membatalkan niatnya apabila melihat kehadiran bas berkenaan.

Ketika kejadian, lampu isyarat dilihat berwarna merah dan dia sepatutnya kekal di situ tetapi tindakannya memecut menyebabkan penunggang motosikal itu nyaris dilanggar sebuah bas.

Difahamkan insiden yang dirakam berdurasi lima saat tersebut berlaku di hadapan Pusat Transformasi Bandar Kuantan (UTC), Pahang.

Sementara itu, tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai menasihati gadis itu agar sentiasa peka dan menjaga keselamatan diri semasa menunggang motosikal.

“Fuhhh! nyaris-nyaris kena rempuh dengan bas itu, selamat nyawa kau masih panjang adik,” kata Wan Syakilla.

“Baru bawa motor ke? Kalau nak langgar lampu merah pun tengok kiri kanan sama. Nanti tak pasal-pasal jadi perkara perkara yang tidak diingini,” ujar Shafiq Megat.

“Ini mengundang namanya, betul-betul lepas dia lalu bas itu pun bergerak, boleh dah polischeck ada lesen ke tidak,” jelas Adham Hazim.

Melanggar lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa.

Susulan itu, kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh dikenakan denda kompaun sehingga RM300 di bawah Kaedah 17 dalam Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply