(Video) Baru Umur 9 Tahun, Adik Ini Kongsi Kisahnya ‘Order Pizza’ Dalam Bentuk Animasi

| February 10, 2021 | 0 Comments

(Video) Baru Umur 9 Tahun, Adik Ini Kongsi Kisahnya ‘Order Pizza’ Dalam Bentuk Animasi | Dalam era teknologi yang semakin maju ini, secara tidak langsung majoriti sudah tahu menggunakan pelbagai gajet dan aplikasi. Tidak dilupakan juga dengan kanak-kanak, kini mereka banyak didedahkan dengan dunia teknologi dan lain-lain. Pendedahan tentang teknologi kepada mereka juga kini sejajar dengan kemajuan dunia pada masa sekarang.

Hal ini juga mempunyai kesan positif dan negatif terhadap kanak-kanak atau pelajar. Jika mereka dapat dikawal oleh ibu bapa, pasti mereka tahu cara menggunakannya dengan baik. Begitulah yang terjadi kepada adik ini yang dikenali sebagai Umar.

Baru-baru ini, video animasi yang dihasilkannya telah tular di laman Twitter dengan raih sebanyak 127 000 tontonan. Video yang telah dimuatnaik oleh sepupunya itu ternyata buat ramai yang kagum dengan kebolehan adik ini.

 

Kandungan video yang tular tersebut, beliau berkongsi tentang pengalamannya memesan pizza pada usia 5 tahun. Cerita itu telah buat ramai tertarik dengan keberaniannya.

Seawal usia 9 tahun, beliau sudah mampu hasilkan animasi yang berdurasi pendek. Beliau juga mempunyai laman Youtubenya sendiri iaitu Umar Zaquan Animation dan memuatnaik video-video animasi hasilnya di situ.

Rata-rata ramai kagum dan bangga dengan bakat dan kreativiti yang beliau hasilkan. Diharapkan adik ini dapat meneruskan minatnya sehingga berjaya.

Sumber : @Zuliana_azira

Tags: ,

Category: DUNIA, INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *