(Video) Berjalan Selama Sejam Sejauh 1KM Untuk Urus Mayat Orang Asli

| June 27, 2021 | 0 Comments

(Video) Berjalan Selama Sejam Sejauh 1KM Untuk Urus Mayat Orang Asli | Beberapa orang petugas kesihatan daerah Seremban terpaksa berjalan selama sejam sejauh satu kilometer (KM) dengan mengusung keranda bagi menguruskan mayat orang asli yang dijangkiti covid-19.

(Video) Berjalan Selama Sejam Sejauh 1KM Untuk Urus Mayat Orang Asli

Menguruskan pengebumian mayat Orang Asli di Kampung Orang Asli Jeram Kedah, Lenggeng benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental mereka. Pada jam 12 tengah hari ketika matahari terpacak, Mohd Adree Zuzalee Adnan, Sheikh Ezamli Sheikh Dolah dan Mohd Shahran Musa, telah bersiap sedia berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE), bersama lima individu daripada pihak pengurusan mayat untuk menguruskan mayat pada Jumaat lalu.

Menurut Mohd Adree, 37, mereka telah mengusung keranda dengan laluan berbukit hampir satu kilometer. Itu merupakan pengalaman pertama bagi dirinya serta rakan-rakan yang lain sepanjang mereka menguruskan jenazah pesakit yang meninggal disebabkan oleh covid-19.

Tambahnya lagi, berjalan dengan berpakaian PPE dan perlu melalui jalan yang berbukit agak menyukarkan perjalanan mereka. Keadaan cuaca yang panas juga membuatkan mereka perlu untuk mengawal cara penafasan bagi mengelakkan badan terlalu penat ketika mengusung keranda.

@edree_adnan1st kes uruskan org asli..jauh masuk hutan #CapCut #covidmalaysia #covid19 #frontliner #tiktokmalaysia #foryourpage #fypシ♬ Beggin’ – Måneskin

Mereka juga perlu berhati-hati utuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke tempat pengebumian mayat itu. Sama seperti prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah Islam, petugas perlu mematuhi arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), bagi mencegah penularan COVID-19.

Selepas selesai pengebumian mayat itu, mereka akan disanitasi serta perlu membersihkan diri, sebelum pulang ke rumah. Katanya, sebagai seorang petugas menguruskan jenazah COVID-19 untuk tempoh lebih setahun ini, beliau dan rakan-rakannya tidak pernah menganggap ia beban, sebaliknya amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab.

Mereka perlua bersedia setiap masa apabila dipanggil bagi menguruskan jenazah COVID-19, maka kesihatan diri, kecergasan fizikal dan mental memainkan peranan penting, kerana mereka tidak boleh menjangka bagaimana situasi menguruskan sesuatu jenazah.

Mohd Adree turut berkongsi pengalamannya itu menerusi Facebook miliknya ‘Aliff Dal Ro YA’ baru-baru ini, mendapat perhatian netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada pasukan petugas kesihatan, selain menerima ucapan ‘terima kasih Frontliner’.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , ,

Category: KESIHATAN, Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *