(Video) Bomba Berjaya Selamatkan Mangsa Cubaan Bunuh Diri Di Puchong | Anggota bomba dilaporkan telah berjaya memujuk seorang wanita dari membuat terjunan dari tingkat lima sebuah residensi dekat Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, di sini, baru-baru ini.

(Video) Bomba Berjaya Selamatkan Mangsa Cubaan Bunuh Diri Di Puchong 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dalam satu laporan mengatakan pihak mereka telah menerima laporan kecemasan berhubung insiden melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun yang sedang membuat cubaan bunuh diri kira-kira jam 12.18 tengah hari.

Susulan dari kejadian tersebut, sebanyak tiga jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Puchong telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati wanita tersebut sedang berdiri di satu konkrit berdekatan tingkat lima residen tersebut kira-kira jam 12.19 tengah hari.

Pihak bomba telah memaklumkan bahawa wanita tersebut telah berjaya dipujuk dan dihantar ke Balai Polis berdekatan bagi tindakan selanjutnya.

Tular satu video di media sosial selepas video tersebut memaparkan seorang bomba yang berjaya menahan wanita tersebut dari terjun dari bangunan sebelum muncul seorang lagi pegawai bomba bagi membantu rakannya dalam usaha mengagalkan cubaan bunuh diri wanita tersebut.

Mangsa yang dilihat meronta-ronta tidak berbuat apa-apa selepas dia dilihat dipegang erat oleh ahli bomba bagi menghalang smua tindakan yang bakal diambil wanita tersebut. Tali juga telah disediakan bagi memudahkan pihak bomba membawa wanita tersebut turun dari tngkat lima residen tersebut.

Video tersebut telah mendapat respond yang hangat dari netizen selepas menerima lebih 1.1 ribu tontonan serta 89 perkongsian dari warga net di Facebook.

Sumber: Berita Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS

Share.

Leave A Reply