(VIDEO) Detik Cemas Dua Remaja Gadai Nyawa Selamatkan Kanak-Kanak Lemas

| February 22, 2021 | 0 Comments

(VIDEO) Detik Cemas Dua Remaja Gadai Nyawa Selamatkan Kanak-Kanak Lemas | Terkejut lihat ada seseorang sedang lemas di laut, ramai tak berani untuk selamatkannya kerana laut bergelora, namun tindakan berani dua remaja ini terjun lalu menyelamatkan mangsa lemas itu dipuji ramai. Baca seterusnya..

GADAI NYAWA SELAMAT MANGSA LEMAS

Jakarta – Dua remaja lelaki di Indonesia tular di media sosial apabila sanggup bergadai nyawa meredah ombak besar demi menyelamatkan seorang mangsa lemas di pantai daerah Barombong, Sulawesi Selatan.

Aksi berani dua penduduk dari Kabupaten Bone bernama Lukman dan Rama Karisma itu dirakam dalam satu kejadian yang berlaku semalam sekitar pukul 5 petang waktu tempatan.

Menerusi paparan video yang dimuat naik oleh rakan Lukman di Facebook, seorang kanak-kanak dipercayai dihanyutkan ombak besar namun tiada orang yang berani terjun ke laut untuk menyelamatkannnya berikutan keadaan air yang bergelora.

“Puluhan orang di tepi pantai hanya mampu melihat seorang kanak-kanak sedang lemas di lautan tetapi tiada yang sanggup melawan ombak besar untuk menyelamatkannya.

“Hanya dua penduduk kampung Barombong 63 iaitu Lukman dan Rama yang berani terjun lalu menarik mangsa ke darat,” tulis kapsyen pada video.

Sementara itu, Lukman dan Rama pula dilaporkan mengalami luka dan goresan di tapak kaki mereka ketika berjalan di atas batu pantai yang tajam sebelum terjun bagi menarik mangsa ke darat.

TONTON VIDEO BERKENAAN :

Sumber : Kosmo 

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *