(Video) Detik Cemas Wanita Disamun, Rugi Seutas Rantai Tangan

| April 6, 2021 | 0 Comments

(Video) Detik Cemas Wanita Disamun, Rugi Seutas Rantai Tangan | Terbaharu, menerusi satu video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pelanggan kedai runcit berdepan detik cemas disamun oleh seorang lelaki dalam premis tersebut.

(Video) Detik Cemas Wanita Disamun, Rugi Seutas Rantai Tangan

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Rinching Hilir, Bangi Lama, Selangor. Menerusi video berdurasi 40 saat itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berumur 22 tahun sedang melakukan urusan jual beli di kaunter pembayaran.

Kemudian, suspek yang memakai topi keledar mula memasuki kedai tersebut. Pada awalnya, suspek menuju ke arah mangsa dan dia berpatah balik ke pintu masuk. Beberapa saat kemudian, suspek terus berlari ke arah mangsa dan mula melakukan perbuatan samun.

Mangsa yang mulanya terkejut, terus bergelut dengan suspek yang mahu mengambil rantai tangannya. Mangsa juga dilihat pergi ke arah penjual untuk menyelamatkan diri, namun suspek berjaya merampas barang perhiasaannya juga.

Mangsa dikatakan rugi seutas rantai tangan. Orang ramai yang mengenali suspek diminta menghubungi ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019 6655811 (KPD Kajang).

Sumber : Mohd Redzuan Abdul Manap

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *