Video Detik-Detik Akhir Helikopter Tentera Terhempas Ke Dlm Laut.

| December 16, 2020 | 0 Comments

Video Detik-Detik Akhir Helikopter Tentera Terhempas Ke Dlm Laut. | Sebuah helikopter tentera di Algeria dilaporkan telah terhempas ke dalam laut sehingga mengorbankan juruterbang, lapor Daily Star.

Detik-detik ketika kejadian itu berlaku dirakam di pesisir pantai Bouharoun di wilayah Tipaza, Algeria dipercayai pada pagi waktu tempatan.

Helikopter itu dilihat berada di luar kawalan ketika bergerak dengan pantas menuju ke permukaan air.

Operasi pencarian dua orang lagi kru kini sedang dijalankan.

Kementerian Pertahanan Algeria mengatakan bahawa helikopter Tentera Laut MS-25 Merlin itu adalah milik Tentera Laut dan sedang terbang dalam misi latihan teknikal.

Kejadian tersebut bukan satu-satunya kemalangan helikopter yang berlaku pada bulan ini, seramai lima orang dilaporkan terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Banjaran Alps, Perancis pada Disember lalu.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *