(Video) “Dia Lupa Dia Penolong Kelas Ke Guru Besar..” Gelagat Adik Ni Kali Pertama Jadi Penolong Kelas Buat Ramai Terhibur

| March 10, 2021 | 0 Comments

(Video) “Dia Lupa Dia Penolong Kelas Ke Guru Besar..” Gelagat Adik Ni Bercerita Buat Ramai Terhibur | Sesi persekolahan bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan telah pun bermula seminggu yang lalu. Pelbagai cerita menarik yang telah dikongsikan oleh kebanyakkan ibu bapa mengenai gelagat anak-anak mereka sebelum ke sekolah dan juga selepas bersekolah.

Ada yang menangis pada hari pertama kerana berasa kekok setelah sekian lama bercuti, ada yang teruja sehingga tidak hiraukan ibu bapa mereka yang berada di luar sekolah dan bermacam lagi.

Begitu juga dengan pengalaman puan Maya Dannya seorang ibu yang mempunyai seorang anak perempuan yang telah memasuki sekolah rendah. Baru-baru ini, tular tentang anak beliau yang teruja bercerita tentang pengalamannya menjadi ketua penolong kelas di sekolah.

Dia lupa dia penolong ketua kelas ke guru besar ni..

Video tersebut telah dimuatnaik oleh Puan Maya sendiri di laman Facebook miliknya dan dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter. Mendapat lebih 300 ribu tontonan, video tersebut telah menarik perhatian orang ramai dengan celoteh kanak-kanak tersebut.

Tambahan lagi, cara beliau bercerita juga agak lucu dan petah berkata-kata. Menurutnya, dia akan memarahi dan bertegas dengan rakan-rakan yang nakal, manakala dia akan berlembut dengan rakan yang baik.

Di ruangan komen, ramai yang mengatakan mereka terhibur dengan video tersebut. Ada juga yang berpendapat memang sesuai beliau menyandang jawatan tersebut.

Sumber : Maya Dannya, @Amrlamnnn

Tags: , , , , ,

Category: KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *