(Video) Diserang Jerung Ketika Meluncur, Tindakan Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Nyawa

| May 10, 2020 | 0 Comments

(Video) Diserang Jerung Ketika Meluncur, Tindakan Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Nyawa | Detik cemas dua lelaki ketika bermain papan luncur apabila mereka nyaris dibaham oleh jerung, namun tindakan dilakukan lelaki ini berjaya menyelamatkan nyawa mereka. Ada video..

Victoria: Seorang lelaki nyaris dibaham jerung yang tiba-tiba muncul dari arah belakang ketika bermain papan luncur di Pantai Bells dekat Torquay, di sini.

Mirror UK melaporkan Dylan Nacass yang juga pengembara beg galas dari Perancis itu bagaimanapun terselamat selepas menendang muka haiwan berkenaan dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri.

Namun, Nacass mengalami kecederaan kecil di betis dan lututnya kesan cengkaman jerung berkenaan.

Keberanian pemuda berusia 23 tahun itu mendapat perhatian selepas rakaman videonya tular di laman sosial sejak petang kelmarin.

Rakaman video menunjukkan Nacass dan seorang lagi peluncur berenang beriringan untuk menyelamatkan diri mereka.

Nacass memberitahu Geelong Advertiser yang dia tidak akan serik bermain papan luncur di kawasan berkenaan biarpun berdepan situasi mencemaskan itu.

“Saya bertarung dengannya dan bernasib baik kerana selamat serta masih bernyawa. Semuanya dalam keadaan baik.

“Selepas kaki saya sembuh nanti iaitu dalam tempoh seminggu lagi, saya akan kembali meluncur di kawasan sama,” katanya.

Peluncur tempatan, Matthew Sedunary yang kebetulan berada di situ bertindak membantu selepas terdengar jeritan Nacass. “Mulanya saya sangkakan dia (Nacass) ketawa dengan rakannya sebelum melihat ekor haiwan berkenaan,” katanya. – Agensi

Sumber : MyMetro

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *