Gara-gara menunggang motosikal secara laju ketika jalan basah, dua orang penunggang terjatuh berguling dan nyaris digilis sebuah kenderaan pada Sabtu yang lalu.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang nyaris melanggar mangsa apabila kedua-dua mereka jatuh di hadapan kenderaan terbabit.

Menerusi rakaman itu, pada mulanya permukaan jalan di kawasan kejadian dilihat basah dipercayai cuaca ketika itu menunjukkan keadaan hujan renyai.

Sebelum kejadian, kelihatan sebuah kenderaan jenis BMW 3 Series memandu laju dan sedikit terangkat dipercayai kerana jalan itu tidak rata.

Susulan itu, selepas beberapa saat kereta itu melepasi rakaman tersebut, secara tiba-tiba dua orang penunggang motosikal melalui jalan itu dan terjatuh di hadapan sebuah kereta.

Namun hal yang demikian, nasib menyebelahi kedua-dua mangsa kerana pemandu kereta itu sempat menekan brek semasa mereka dilihat terjatuh dan berguling di atas jalan.

Selain daripada itu, salah seorang daripada mangsa bangun sambil menahan kesakitan dan mencari barangan peribadi. Manakala seorang lagi terduduk dan kelihatan terpinga-pinga pada motosikal yang hampir hancur.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai merasa lega kerana kenderaan yang merakamkan kejadian itu sempat menekan brek sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku.

“Tak tahu siapa yang salah, penunggang motosikal atau jalan? Sebab jalan tak rata jadi kalau tengah licin memang senanglah nak jatuh,” kata Noor Fatihah.

“Selamat kereta itu sempat tekan brek kalau tak mesti dah jadi kes lain,” ujar Mahathir Zaman.

“Jalan tengah licin janganlah bawa laju-laju, selamat kereta itu brek kalau tak mesti dah kena lenyek,” jelas Mansor Ashwad.

Majoriti Official juga memuatnaik video tersebut dalam akaun Tiktok dan terdapat netizen juga mengeluarkan komen kepada penunggang motosikal yang terlibat.

Pengguna jalan raya di sekitar ibu negara dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika memandu dalam keadaan permukaan jalan yang basah.

Di samping itu,  keadaan cuaca sekarang yang kerap hujan terutama pada sebelah petang dan juga pada waktu malam.

Sumber : Majoriti Official

Share.

Leave A Reply