(VIDEO) Ekori Dan Rakam Polis Bertugas, Ketika Ditahan Lihat Apa Lelaki Ini Lakukan | Seorang lelaki menerima padah apabila ditahan cuba membuat provokasi terhadap anggota polis, bukan itu saja, ketika pihak polis meminta dokumen pengenalan diri, lihat apa terjadi. Baca selanjutnya..

GANGGU TUGAS DAN TIDAK SENONOH

Tawau : Tindakan seorang lelaki menghalang dan mengganggu tugas polis yang sedang menjalankan ‘Op Covid Team Pemantauan dan Pematuhan SOP’ di Taman Semarak, di sini, akhirnya menerima padah apabila dia ditahan polis kelmarin.

Rakaman video kejadian itu tular memaparkan seorang lelaki yang membuat provokasi serta mengganggu tugas anggota polis bersama pasukan pemantauan di kawasan itu pada 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi.

Menurutnya, suspek pada mulanya didapati dengan sengaja melakukan perbuatan mengekori kenderaan Pasukan Pemantauan dan membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit.

VIDEO RAKAMAN TERBABIT :

“Anggota polis kemudiannya menahan kereta suspek sebelum mengarahkannya mengemukakan dokumen pengenalan diri selain bertanyakan tujuan merakam video.

“Lelaki itu bagaimanapun enggan memberi kerjasama malah meninggikan suaranya dan menimbulkan provokasi. Suspek cuba melarikan diri dengan memecut kereta yang dipandu sehingga hampir melanggar anggota RELA,” katanya.

Jelas Peter lagi, berikutan itu suspek telah ditangkap kerana mengingkari perintah penjawat awam dan berkelakuan tidak senonoh.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan; Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990; Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah; dan Seksyen 90 Akta Polis 1927.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki membuat rakaman video sepasukan anggota polis, anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan RELA yang sedang menjalankan operasi pemantauan.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply