(Video) Isu Harga Ayam, YB Hulu Kinta Bawa Mauk Ayam Dalam Sidang DUN Negeri | Anggota Dewan Undangan (Adun) Hulu Kinta, Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membuat kelainan dengan membawa ayam segar ketika berbahas berkaitan harga barang keperluan asas.
Dia memegang dan menunjukkan ayam itu kepada wakil rakyat lain kerana tidak puas hati dengan kenaikan harga barang.
Dia juga membawa resit bagi membuktikan harga ayam itu yang dibeli di kawasan Gunung Semanggol, Perak.
Muhamad Arafat antaranya membangkitkan apa usaha yang dibuat oleh exco berkaitan untuk menstabilkan harga barang keperluan asas di negeri itu.
Bengang dengan Exco KPDNHEP tak cari jalan penyelesaian isu harga ayam, seorang wakil rakyat, YB Hulu Kinta membawa masuk ayam ke dalam sidang DUN negeri 😂 #Perak pic.twitter.com/rw18LBsw3s
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) December 14, 2021
Sumber : Malaysia Kini, Twitter