Video Jadi Viral. Warga Emas Pandu Kereta Lawan Arus Serah Diri

| October 13, 2020 | 0 Comments

Video Jadi Viral. Warga Emas Pandu Kereta Lawan Arus Serah Diri | Klang – Akibat sesat jalan menjadi punca seorang lelaki memandu kenderaan melawan arus di Lebuh Raya Selat Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, punca tersebut diketahui selepas pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi berusia 80 tahun tampil menyerah diri di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira pukul 11 malam tadi.

Katanya, semakan mendapati warga emas tersebut tinggal di Taman Jaya di sini dan mempunyai lesen memandu.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu mengakui melakukan aksi lawan arus itu apabila gagal mencari jalan keluar selepas bertemu rakannya di Pelabuhan Klang.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dialami pemandu tersebut sepanjang insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Jelasnya beliau, polis akan meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu yang jelas membahayakan pemandu kenderaan lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi 58 saat yang memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus di Lebuh Raya Selat Klang Utara menyebabkan sebuah kereta lain segera menukar laluan bagi mengelak dirempuh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.09 malam itu berjaya dirakam alat perakam video sebuah kenderaan lain yang turut melalui lebuh raya berkenaan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *