Video. Jurujual Syarikat Edar Emas Disamun Di Lebuhraya.

| September 22, 2020 | 0 Comments

Video. Jurujual Syarikat Edar Emas Disamun Di Lebuhraya. | KUALA LUMPUR – Seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas bersama rakannya berdepan detik cemas apabila disamun sekumpulan lelaki di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, mangsa dalam perjalanan dari Jalan Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi melalui lebuh raya ketika kejadian pada jam 3.35 petang itu.

“Dua buah kereta jenis Hilux warna hitam menahan kereta mangsa, kemudian seramai tiga suspek bersenjatakan parang memecahkan cermin kereta itu.

“Suspek menarik mangsa dan rakannya keluar dari kereta sebelum melarikan kenderaan itu bersama wang tunai dan emas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa dan rakannya mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin yang dipecahkan suspek.

“Mangsa mendakwa kesemua suspek berbadan besar, berbaju lengan panjang dan memakai topeng ski.

“Kereta mangsa dijumpai dalam keadaan terbakar di Damansara, Petaling Jaya dan kita sedang mengesan semua suspek yang terlibat,” katanya.
Katanya, oang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes di talian 03-2297922.

“Anggaran kerugian masih dalam siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Petang semalam tular rakaman klip video yang memaparkan sekumpulan penjenayah sedang menarik mangsa di Lebuhraya Besraya, Kuala Lumpur.

Sumber : SH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *