(Video) Kejam. Suami Kurung Isteri Dalam Tandas Selama 18 Bulan

| October 17, 2020 | 0 Comments

(Video) Kejam. Suami Kurung Isteri Dalam Tandas Selama 18 Bulan | Penderitaan seorang wanita yang dipercayai dikurung di dalam tandas selama satu tahun setengah oleh suami sendiri di sebuah kampung di India berakhir selepas mangsa di­selamatkan pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku di sebuah kampung dekat bandar Panipat, negeri Haryana, New Delhi demikian menurut akhbar Daily Mail kelmarin.

Mangsa berumur 35 yang tidak didedahkan namanya itu ‘dipenjara’ di dalam tandas sebuah rumah sejak 18 bulan lalu dan diselamatkan beberapa pegawai kebajikan dengan bantuan sekumpulan polis tempatan pada Selasa lalu.

Suami mangsa, Naresh Kumar kemudian ditahan polis kerana disyaki mengurung isteri sendiri di dalam bilik air.

Pegawai Perlindungan Wanita Daerah, Rajni Gupta berkata, wanita berkenaan dikurung suami sendiri di dalam bilik air de­ngan keluasan 1 meter (m) panjang dan kira-kira 1 m lebar.

Gupta menyatakan salah seorang jiran mangsa hadir ke pejabatnya dan membuat aduan berhubung perkara itu sebelum pihak berkuasa segera bergegas ke lokasi tersebut.

Video:

“Mangsa ditemui terbaring di atas lantai tandas dan ­be­r­ada dalam keadaan yang sangat lemah hingga tidak mampu untuk berjalan. Dia juga tidak diberi makan selama beberapa hari.

“Selepas kami menyelamatkannya, kami memberi makan dan mangsa amat lapar hingga mampu menghabiskan lapan keping capati,” katanya.

Pegawai itu berkata, pihaknya belum memperoleh maklumat tepat mengenai identiti wanita itu yang dikhabarkan berkahwin dengan suspek selama 17 tahun. Pasangan itu mempunyai tiga anak berumur 11 hingga 15 tahun.

Suspek mendakwa isterinya menghidap masalah mental dan sedang menjalani rawatan psikiatrik di sebuah hospital. Bagaimanapun, lelaki itu gagal mengemukakan dokumen untuk mengesahkan dakwaannya.

“Kami sudah bercakap dengan mangsa dan mendapati dia tidak mengalami masalah mental. Mangsa dibawa ke hospital awam negeri untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada sepupunya,” ujarnya. – Agensi

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *