Video Keluarga Lakukan Upacara Keagamaan Hormat Kematian Jadi Tular

| July 27, 2021 | 0 Comments

Video Keluarga Lakukan Upacara Keagamaan Hormat Kematian Jadi Tular | Tular video keluarga lakukan upacara keagamaan untuk menghormati kematian dirakam orang awam. Baca selanjutnya..

UPACARA PEMBAKARAN WAKTU MALAM

George Town – Video yang memaparkan lebih 10 individu termasuk kanak-kanak mengadakan satu upacara keagamaan dipercayai bagi menghormati kematian seorang ahli keluarga mereka tular di media sosial sejak semalam.

Lokasi kejadian dikatakan berlaku di kawasan perumahan teres berdekatan persimpangan lampu isyarat di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas di sini beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 23 saat itu, kelihatan kelibat individu dipercayai ‘tok sami’ berdiri sambil beberapa individu mengelilingi api dalam upacara pembakaran tersebut yang dipercayai diadakan pada waktu malam.

Video tersebut didakwa dirakam orang awam dari lokasi tinggi iaitu flat berhampiran kawasan perumahan berkenaan dengan netizen mempertikaikan aktiviti berkumpul di tempat terbuka itu ketika kes harian jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah lebih 12,000 kes.

Tonton Video Berkenaan :

Bagaimanapun, difahamkan yang kesemua individu terlibat telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baru-baru ini.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *