(VIDEO) Kemalangan TRAGIS Babit Lori Rempuh Enam Kereta

| September 6, 2021 | 0 Comments

(VIDEO) Kemalangan TRAGIS Babit Lori Rempuh Enam Kereta | Satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori merempuh beberapa kereta di persimpangan lampu isyarat sangat tragis. Saksikan video sempat dirakam..

Kuala Lumpur – Beberapa buah kenderaan mengalami kerosakkan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang tersebut telah dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang memaparkan dengan jelas mengenai insiden tersebut.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan kira-kira tujuh buah kenderaan telah terlibat dalam kejadian tersebut antaranya Perodua Myvi, Honda Jazz dan Kia Sorento.

Rempuhan terbabit turut menyebabkan sebuah kenderaan melanggar sebatang pokok dan terangkat ke atas akibat rempuhan tersebut.

Keadaan mangsa yang terlibat dan punca kejadian tidak dapat dipastikan.

Difahamkan, kenyataan polis berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

VIDEO BERKENAAN :

Sumber : Kosmo , Sukan Star TV

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *