(Video) Kes Tertinggi Covid-19. Doktor Dedah Situasi Sebenar Dalam Hospital Di New York

| April 14, 2020 | 0 Comments

(Video) Kes Tertinggi Covid-19. Doktor Dedah Situasi Sebenar Dalam Hospital Di New York | Menjadi antara negara tertinggi mencatatkan kes covid-19, beginilah keadaan suasana dalam hospital di New York didedahkan doktor ini. Ada video..

Amerika Syarikat ketika ini mencatatkan kes Covid-19 yang tertinggi di dunia dengan kira-kira 566,654 kes dan 22, 877 kematian dicatatkan.

Antara negeri di Amerika Syarikat yang mencatatkan kes tertinggi adalah New York dengan lebih daripada 188,000 kes telah disahkan setakat 12 April yang lalu.

Kegawatan yang berlaku di New York dapat dilihat menerusi satu video yang dirakam oleh seorang doktor di sebuah hospital. Rakaman itu memaparkan suasana cemas dan tegang di dalam hospital yang dipenuhi pesakit-pesakit Covid-19.

Dr Erik Blutinger yang bertugas di Hospital Mount Sinai Queens itu juga merakamkan bunyi ‘keriuhan’ mesin oksigen di dalam bilik kecemasan.

“Saya melihat pesakit dari pelbagai peringkat umur, kesemuanya sangat sakit.  Melalui lorong ini, anda boleh mendengar bunyi oksigen dan oximeter denyutan nadi pesakit,” katanya.

Bilangan kes di New York adalah lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di AS dan kira-kira satu pertiga daripada jumlah nasional.

Hospital Mount Sinai Queens juga memasang khemah di luar bagi mengendalikan pesakit yang ramai.

Inside a New York E.R. fighting Covid-19

"Things are just totally crazy right now": an inside look at the battle against Covid-19 in a New York hospital.

Posted by South China Morning Post on Monday, April 13, 2020

Sumber: South China Morning Post Via Siakapkeli

Tags: , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *