Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) gempar apabila seekor kuda terlepas berkeliaran selepas kenderaan yang membawanya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 251.9, LPT 2 berhampiran Cheneh, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, kuda berwarna putih tersebut berkeliaran di tengah-tengah lebuh raya berkenaan tanpa arah sebelum berjaya dijinakkan dan ditangkap semula pemiliknya kira-kira satu setengah jam kemudian.

May be an image of 1 person and road

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian bermula apabila kenderaan pikap jenis Ford yang membawa kuda terbabit terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

May be an image of road

Beliau berkata, sewaktu kejadian, kenderaan pikap terbabit dalam perjalanan untuk membawa kuda berkenaan ke Kuala Terengganu dari Johor Bahru.

May be an image of outdoors

“Kemalangan tersebut telah mengejutkan kuda terbabit yang kemudiannya bertindak keluar dan berlari tanpa arah di laluan lebuh raya berkenaan.

May be an image of 9 people, people standing and road

“Kedua pemandu kenderaan terlibat yang masing-masing berusia 34 dan 48 tahun tidak mengalami kecederaan serius,” katanya, di sini semalam.

May be an image of outdoors

Hanyan berkata, pemilik kuda terbabit yang berusia 48 tahun akhirnya berjaya memujuk dan menjinakkan haiwan peliharaannya pada pukul 11 pagi.

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Kuda-Kuda Berkeliaran Di Sekitar Ampang, Seekor Kelihatan Lemah

PETALING JAYA- Tiga ekor kuda yang didakwa bertuan didapati berkeliaran di jalan raya di kawasan menghala ke Bukit Ampang Selangor kelmarin.

Melalui Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, ketiga-tiga kuda dipercayai bertuan tetapi hingga kini tiada pihak mengaku sebagai pemilik.

Tambah hantaran tersebut lagi, seekor daripada kuda tersebut kelihatan lemah dan tidak mampu bangun.

“Warga sekitar taman perumahan ini diminta membantu Lembaga Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi mengesan pemilik.

“Pengesanan tersebut bertujuan penguatkuasaan undang-undang kerana membiarkan kuda peliharaan terabai dan tidak berkebajikan,” jelas hantaran itu hari ini.

Selepas beberapa jam, tiga ekor kuda yang berkeliaran di jalan raya di sekitar kawasan menghala Bukit Ampang, Selangor sejak pagi kelmarin telah berjaya diselamatkan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, DSP Nurhidayah Damanhoori di dalam satu hantarannya.

“Kami dah selamatkan ketiga-tiga ekor kuda tersebut. Pemilik ada datang tetapi kami pujuk bagi kami bawa balik dulu, sebab pemilik hanya peminat kuda yang mengupah pekerja sementara. Jarang datang tengok.

“Kami dah pantau tiga hari memang tiada penjaga. Hasil perbincangan dengan pemilik, kami bawa balik dan rawat dulu memandangkan kuda dalam keadaan teruk dan kandang kuda tidak cukup kelengkapan.

“Alhamdulillah pemilik akur sebab dah melibatkan beberapa kesalahan iaitu mengabaikan kebajikan kuda serta membahayakan keselamatan pengguna jalanraya,” tulisnya.

Nurhidayah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang sudi memberi tempat berteduh sementara buat tiga ekor kuda ini dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyelamatkan haiwan malang tersebut.

Terdahulu, media melaporkan tiga ekor kuda tersebut dilihat berkeliaran tanpa bertuan atau penjaga di kawasan terbabit sejak pagi tadi.

Salah seekor daripada kuda tersebut juga kelihatan lemah dan tidak mampu bangun kerana dipercayai tidak diberi makanan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply