(VIDEO) Lagi Kes Kanak-Kanak Warga Asing ‘Gangster’ Minta Sedekah Di Jalanan | Petaling Jaya – Selepas tular aksi ‘Long Tiger Junior’ bertindak kasar ke atas pengguna jalan raya semasa meminta sedekah di Cheras baru-baru ini, kejadian seumpama itu berulang lagi.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Inforoadblock, kejadian terbaharu itu dipercayai dirakam semalam oleh seorang pengguna jalan raya di sebuah persimpangan lampu isyarat berdekatan Batu Tiga Shah Alam.

Berdasarkan klip video berdurasi satu minit lima saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak dipercayai keturunan Rohingya sedang meminta sedekah di kawasan terbabit.

TONTON VIDEO TERBABIT :

Walaupun mengenakan baju Melayu bersama kopiah, namun perwatakan kanak-kanak tersebut dilihat sangat biadap sehingga dilihat cuba membuka pintu salah sebuah kereta yang sedang menunggu lampu isyarat merah.

Selepas cubaannya gagal, kanak-kanak itu kemudiannya dilihat menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu dan penumpang kereta sambil mengetuk cermin tingkap.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata netizen menggesa pihak berkuasa bertindak segera mengatasi masalah berkenaan kerana ia bukan sahaja membahayakan diri mereka malah kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Biadap betul budak-budak ini, kalau tiada tindakan segera dilakukan, pasti ramai lagi yang akan keluar dan meminta sedekah di jalanan. Mohon tindakan segera,” tulis Ain Safiya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Roy Ahmad.

“Pihak berkuasa sila ambil tindakan segera, mereka makin biadap, bukan setakat maki pengguna jalan raya, malah ada cuba buka pintu. Jangan sampai kami ambil tindakan sendiri,”tegasnya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply