(Video) Lahir ‘Tahun 2020’, Anak Kecil Ini ‘Tercengang’ Nampak Ramai Orang Di Taman Permainan | Tular baru-baru ini sebuah video di Twitter, seorang anak kecil menunjukkan reaksi ‘pelik’ apabila buat pertama kali dia lihat ramai orang di taman permainan.
“Ini kali pertama dia di taman permainan“
this was her first time at a park pic.twitter.com/WdfV3Zn5UT
— đź–¤Nicole™️ (@supremehadid) March 13, 2021
Kapsyen tersebut jelas menunjukkan bahawa anak kecil itu “menjejakkan kaki” buat kali pertama di taman permainan selepas dilahirkan. Rentetan dari reaksi budak tersebut adalah kerana beliau dilahirkan pada tahun 2020 di mana waktu pandemik sedang berlaku.
Tidak dinafikan, kini ramai kanak-kanak ‘terpaksa’ berkurung di rumah lebih-lebih lagi pada golongan bayi yang baru dilahirkan untuk mengelakkan jangkitan virus Covid 19.
Tidak cuma itu, mereka tidak dibenarkan ke tempat-tempat yang sesak serta perlu melakukan pembelajaran dari rumah bagi yang sudah bersekolah.
Rata-rata warganet yang berada di ruangan komen kasihan dengan perubahan yang berlaku pada fasa kanak-kanak pada masa kini. Akan tetapi, mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Sumber : @supremehadid