(Video) Lebih 237 Ribu Tontonan, Kucing Jadi Saksi Nikah Pemuda Ini
(Video) Lebih 237 Ribu Tontonan, Kucing Jadi Saksi Nikah Pemuda Ini | Rukun nikah yang keempat adalah perlu mempunyai dua orang saksi semasa berlakunya upacara akad nikah. Lain pula yang terjadi kepada pemuda ini apabila ada ‘pihak ketiga’ yang ingin menjadi saksi di majlis pernikahannya.
Tular sebuah video pagi tadi mengenai seekor kucing yang tiba-tiba masuk ke dalam sebuah masjid dan terus duduk di sebelah pengantin lelaki. Video yang telah dimuatnaik oleh pengantin itu sendiri mendapat lebih 237 tontonan.
Setiap kucing pasti punyai gelagat tersendiri sehingga ia jadi suatu yang lucu kepada kita.
‘Orang nak kahwin dia buat relax je masuk duduk tepi..’
Orang nak kahwin dia buat relax je masuk duduk tepi pic.twitter.com/tQwagbiIUN
— Luqman Zaini (@lqmnzaini) February 21, 2021
Rata-rata ramai yang terhibur dengan gelagat kucing itu dan memberikan komen yang lucu di ciapan tersebut.
Tapi sopan je dia masuk, siap rendahkan badan lagi https://t.co/a0y0Yap8Ri
— Kuro's bdae 🥳 (@kakujaghouls) February 21, 2021
Saksi tambahan 🤣 https://t.co/1gHWHGOzXh
— 🇲🇾 aisyah jasmine 🇲🇾 (@aisyahjasmine_) February 21, 2021
Meow : “ okay sah “ https://t.co/vTrtRUtYg1
— 𝐡𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫 (@miaelfoy) February 21, 2021
Sumber : @lqmnzaini