(Video) Lebih 40 Orang Maut Dalam Kebakaran Penjara Di Indonesia | Telah berlaku satu kemalangan melibatkan nahas kebakaran di sebuah penjara di Tangerang, Jawa Timur, Indonesia, sehingga mengakibatkan lebih 40 orang dikhabarkan maut, baru-baru ini.
Lebih 40 maut dalam kebakaran di sebuah penjara di Tangerang, Indonesia.
Video: Pemadam (Bomba) Indonesia pic.twitter.com/elNm7lXD0r
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 8, 2021
Kejadian kebakaran tersebut dilaporkan telah berlaku di Lembaga Pemasyarakatan Kelas 1 Tangerang Blok C2 (penjara di Tangerang) pada Rabu, jam 1.45 waktu Indonesia Barat.
Berikutan itu, menurut Ketua Lapas (Penjara) Kelas 1 Tangerang, Victor Teguh Prihartono dalam satu kenyataan, punca utama kebakaran tersebut dipercayai disebabkan oleh litar pintas yang terjadi di blok berkenaan.
Setakat jam 9 pagi tadi, dikhabarkan sebanyak 41 orang banduan yang sedang menjalani hukuman melibatkan jenayah jenayah dadah telah disahkan maut akibat rentung selepas blok 1 tersebut menempatkan lebih 122 orang banduan.
Sehubungan dengan itu, pihak bomba polis dan tentera Indonesia dilaporkan sedang melakukan kerja-kerja membawa banduan yang cedera ke hospital, dan memindahkan banduan-banduan blok lain, ke tempat yang lebih selamat.
Sumber: Bernama