(Video) Lebih Sedekad Tanggung Rasa Rindu, Gadis Sunting Foto Arwah Mama Dan Ayahnya ‘Tersenyum’ Semula

| March 6, 2021 | 0 Comments

(Video) Lebih Sedekad Tanggung Rasa Rindu, Gadis Sunting Foto Arwah Mama Dan Ayahnya ‘Tersenyum’ Semula | Rindu yang tiada penghujung. Begitulah yang dirasakan oleh setiap insan yang kehilangan orang tersayang. Orang kata rindu kepada orang yang sudah tiada, rasanya amat sakit.

Tahukah anda dengan kemajuan teknologi sekarang, kita dapat lihat semula ‘senyuman’ dari foto orang yang telah tiada?

Baru-baru ini, tular gadis sunting foto kedua orang tuanya ‘tersenyum’ semula di aplikasi TikTok. Beliau merupakan anak yatim piatu yang telah kehilangan ibu dan ayahnya lebih sedekad yang lalu.

Sekurangnya saya dapat lihat senyuman mereka..

Menurutnya, beliau menjumpai sebuah aplikasi yang boleh menukarkan foto kepada animasi. Dari situ, beliau menggunakan foto arwah ibu dan ayahnya untuk melihat mereka ‘tersenyum’ semula.

 

Difahamkan, ibunya telah tiada ketika beliau berumur 4 tahun pada tahun 2000 dan diikuti ayahnya pada tahun 2006 ketika beliau berumur 10 tahun.

Selain itu, beliau amat berterima kasih kepada pencipta aplikasi tersebut kerana dapat meihat semula senyuman ibu bapanya yang telah tiada lebih sedekad yang lalu.

I would trade even my soul to get you back if I can. I’ll see you soon, Ayah, Mama

Di samping itu, beliau juga telah berkongsi nama aplikasi tersebut dan cara menggunakannya di bawah.

Sumber : @shewasokay

 

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *