SEORANG wanita menceritakan berhadapan situasi genting apabila diekori penunggang motosikal dan kenderaannya menjadi mangsa perbuatan khianat oleh suspek, baru-baru ini di Johor Bahru, Johor.

Menceritakan semula hari kejadian di laman aplikasi TikTok miliknya, wanita tersebut bersama rakannya hadir ke kawasan terbabit untuk menghadiri sesi temuduga.

Namun ketika dia bersama rakannya berada di kawasan kejadian, seorang lelaki mengekori mangsa sambil memerhatikan pergerakan mereka dengan menunggang motosikal.

Selepas mengekori mangsa bersama rakannya, penunggang motosikal itu kemudiannya datang ke arah kereta wanita terbabit dan terus baling dengan batu ‘block’.

Suspek kemudiannya beredar dari kawasan terbabit selepas melakukan perbuatannya itu.

Menurut wanitan itu, beberapa saksi kejadian juga menyedari suspek membawa batu berkenaan di dalam bakul motornya.

Namun mereka tidak menyangka batu tersebut akan digunakan untuk melakukan perbuatan khianat terhadap mangsa.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 50 saat itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di kawasan Perindustrian Desa Cemerlang, Johor Bahru, Johor.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata orang ramai menasihati pengguna media sosial lain supaya sentiasa berhati-hati.

“Dekat situ memang banyak kes kecurian, rumah kakak saya banyak kali kena rompak, sekarang jalan itu dah ada CCTV,” ujar Klysya Saleh.

“Apa motif dia sampai buat macam itu dekat kereta awak? Apa-apa pun yang penting anda selamat,” kata Wakkacot630.

“Terkejut bila dia buka pintu itu ada carseat, nasib baik tak ada baby dalam itu, harap semuanya selamat,” luah EL.

Dalam pada itu mangsa sudah buat laporan polis dan kini sedang menunggu maklum balas dari pihak berkuasa tindakan lanjut.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Lelaki M4ut Akibat Dibaling Batu Krn Panggil Seorang Wanita Pel4cur

Padah menghina isteri orang sebagai pelacur, seorang lelaki maut selepas dilempar batu pada Rabu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah dekat Medan, Indonesia.

Menurut Unit Siasatan Jenayah, Iptu J Simamora, suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut sudah ditahan Alfred Mayer Sitohang.

Suspek berusia 29 tahun ditahan di rumahnya yang beralamat di Jalan Mapelindo, Medan beberapa jam selepas kejadian,” katanya memetik laporan media antarabangsa metroindo.

Jelas Simamora, kejadian tercetus apabila mangsa, Joni Pranata Simanjuntak menghina isteri suspek sebagai seorang pelacur.

“Alfred marah apabila Joni mengejek isterinya sebagai ‘kupu-kupu malam’. Sakit hati dengan perkataan yang digunakan oleh mangsa, suspek terus menumbuk mangsa sebelum dia mengambil dan melempar batu besar ke muka mangsa.

“Impak daripada lemparan batu tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecedaraan parah di kepala.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu dihantar ke Hospital Muhammadiyah oleh orang awam.

“Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.

Namun nasib suspek tidak dapat diketahui sama ada telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply