(Video) Lelaki Dikenakan Saman RM 300 Akibat Alami Microsleep | Pemandu sebuah kereta berwarna putih yang terlibat dalam video tular yang memaparkan kenderaannya terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu mengakibatkan kemalangan disahkan mengalami microsleep atau terlelap sejenak ketika kejadian.

(Video) Lelaki Dikenakan Saman RM 300 Akibat Alami Microsleep

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 3.30 petang pada 20 November lalu yang membabitkan kemalangan sebuah kereta dengan dua buah kenderaan lain.

Jelas beliau, kemalangan berkenaan berlaku di Kilometer 27, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini.

“Hasil daripada siasatan, pemandu kereta berwarna putih tersebut iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun dalam perjalanan dari Seremban ke Pahang telah mengalami microsleep dan telah dikenakan tindakan di bawah Peraturan 10 Kaedah Lalulintas 1666/59.

“Dalam kesalahan berkenaan, pemandu kereta tidak boleh tidur yang bermaksud pemandu kenderaan yang berjalan di jalan raya tidak boleh tidur atau lalai daripada mengawal kenderaan yang sedang berjalan itu. Pemandu dikenakan saman sebanyak RM300,” katanya ketika dihubungi.

Amran berkata, pihaknya memohon kepada semua untuk tidak membuat spekulasi serta provokasi berhubung kes berkenaan bagi memastikan ia dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber : Utusan Malaysia, Inforoadblock

Share.

Leave A Reply