(Video) Lelaki Hampir Digilis Dengan Lori Masa Tengah Isi Angin Tayar Motor

| November 24, 2021 | 0 Comments

(Video) Lelaki Hampir Digilis Dengan Lori Masa Tengah Isi Angin Tayar Motor | Satu video yang memaparkan tentang kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dan sebuah lori telah menjadi tular di media sosial.

(Video) Lelaki Hampir Digilis Dengan Lori Masa Tengah Isi Angin Tayar Motor

Video tersebut bermula ketika lelaki yang penunggang motosikal itu sedang bersiap sedia untuk mengisi angin pada tayar motosikalnya di sebuah stesen minyak.

Sebuah lori yang berada di belakangnya pada ketika itu mula bergerak sewaktu lelaki tersebut mula mengepam tayarnya.

Ketika lori tersebut bergerak dan berpusing, ianya telah terlanggar lelaki yang sedang asyik mengisi angin tayar motosikalnya itu.

Kejadian tersebut telah membuatkan lelaki itu seolah-olah hampir digilis oleh lori berkenaan. Namun begitu, bagaimana pun mujur tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku pada lelaki berkenaan apabila dia dirakam dapat berdiri semula.

Kejadian itu dikatakan berlaku di stesen minyak BHP Bandar Sultan Sulaiman, Klang Utara.

Menurut PDRM, pengadu telah diarahkan ke Balai Polis Klang Utara untuk siasatan lanjut.

Sumber : Twitter, SK

Tags: , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *