(Video) Lelaki Hayun Sabit, Parang Atas Kereta Peronda Polis

| September 7, 2021 | 0 Comments

(Video) Lelaki Hayun Sabit, Parang Atas Kereta Peronda Polis | Pasukan Bomba dan Penyelamat telah berjaya meredakan keadaan selepas berjaya membuat semburan air ke arah lelaki yang bertindak agresif dengan menghayun galah sabit berjaya membantu pasukan polis menahan suspek di sini, baru-baru ini.

(Video) Lelaki Hayun Sabit, Parang Atas Kereta Peronda Polis

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 8 pagi di hadapan Balai Polis Gopeng selepas semburan air dilakukan oleh pihak bomba bagi meredakan tindakan lelaki yang turut memegang sebilah parang ketika berdiri di atas kereta peronda polis.

Berikutan itu, video kejadian terbabit telah tular di media sosial serta mendapat tontonan sebanyak 39.5 ribu serta ratusan perkongsian dari warganet di Twitter.

Video tersebut menunjukkan suspek yang terkena semburan air telah turun dari kenderaan sebelum berlaku pergelutan dan dia akhirnya ditahan anggota keselamatan yang bersedia di lokasi kejadian.

Menurut salah satu komen dari warganet, suspek telah merosakkan bonet kenderaan pihak polis serta punca kejadian dikatakan masih dalam siasatan polis.

Sumber: Twitter

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *