(VIDEO) Lelaki Lagak Samseng Tunjal Kepala Pemandu Wanita | PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki ‘sado’ mengasari seorang wanita akibat daripada perselisihan faham di jalan raya mendapat kecaman orang ramai.
Sebuah video memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Tapah, Perak baru-baru ini.
Melalui video yang dirakam oleh penumpang kenderaan yang dipandu mangsa wanita itu memaparkan lelaki tersebut memberhentikan kenderaannya di tengah jalan sebelum turun dan menghampiri kereta mangsa.
Lelaki itu kemudian melemparkan kata-kata kesat kepada wanita terbabit dan mendakwa wanita itu memandu secara berbahaya.
Lebih memeranjatkan, lelaki terbabit dirakam menepuk kepala pemandu wanita itu sebanyak dua kali sebelum beredar.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam sikap lelaki itu dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.
“Kenapa tak ambil tindakan sewarjarnya sesuka hati dia nak lempang orang macam adik-adik dia pula dia nak lempang sesuka hati,” kata Rin.
“Sesiapa tolong cari dia, berlagak dengan perempuan saja. Elok laporkan pada polis sebab dah sentuh badan seseorang. Biar polis saja kenal dia,” kata Aziz.
“Ni contoh situasi org boleh hilang rasa simpati kalau adab pun takde. Walau ade sebab dia x dpt kawal emosi tu. Tapi dia buat org lain emosi tgk pangai dia.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 600,000.
Sumber: Kosmo
Lelaki Berlagak Samseng Akhirnya Diberkas Polis. | Tindakan seorang lelaki memberhentikan kenderaannya di tengah Jalan SS 8/2, di sini membawa padah apabila suspek diberkas pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu yang bekerja sebagai pemandu van ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di tepi jalan Sungai Penchala di sini.
“Suspek yang berumur 31 tahun itu ditahan pada jam 3.20 petang bagi siasatan berkaitan tindakannya menerusi satu video yang tular pada Jumaat.
“Suspek direman tiga hari bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Jumaat, seorang pemandu kereta berlagak samseng dengan memberhentikan kenderaannya di tengah Jalan SS 8/2, di sini.
Kejadian tersebut telah dikesan melalui satu video tular berdurasi dua minit 20 saat di aplikasi Twitter yang memaparkan tindakan lelaki terbabit.
Suspek turut mengeluarkan sebatang rotan panjang dari kenderaannya ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan video berdurasi dua minit 20 saat yang tular di Twitter.
Katanya, video berkenaan menerima 1.8 juta tontonan dan dikongsi 8,968 kali.
“Dalam video itu memaparkan tindakan pemandu yang berlagak samseng dengan memberhentikan kenderaannya di tengah jalan dan mengeluarkan kayu panjang.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan kejadian itu berlaku di Jalan SS 8/2, di sini, semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya meminta kerjasama mangsa kejadian untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Sumber : SH