(Video) Lelaki Maut Ditikam Objek Tajam, Suspek Diburu Polis | Seorang lelaki maut ditikam di luar bangunan sebuah pusat hiburan di Jalan Penampang Baru, di sini, awal pagi tadi.

(Video) Lelaki Maut Ditikam Objek Tajam, Suspek Diburu Polis

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pusat hiburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sebaik menerima makluman, sepasukan anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dikenal pasti lelaki tempatan berusia 29 tahun dan mengalami kecederaan akibat kesan tikaman objek tajam.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan ditempatkan di Zon Kecemasan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 8.38 pagi oleh pegawai perubatan bertugas, akibat pendarahan yang teruk disebabkan tikaman objek tajam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, berdasarkan rakaman CCTV, pihak polis berjaya mengenalpasti suspek terbabit yang mencederakan mangsa sehingga meninggal dunia.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk segera berhubung dengan balai polis berhampiran.

“Suspek dikenali sebagai Kaw Yung Chee yang berusia 34 tahun.

“Bagaimanapun, polis meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berhubung kejadian ini sehingga boleh mengganggu siasatan,” katanya.

 

(Video) Lelaki Maut Ditikam Objek Tajam, Suspek Diburu Polis

(Video) Lelaki Maut Ditikam Objek Tajam, Suspek Diburu Polis

Sumber : HM, Inforoadblock

Share.

Leave A Reply