(VIDEO) Lelaki Pakai Telekung Cuba Rompak Tabung Masjid Terkantoi | KAJANG – Seorang individu yang tular memakai telekung berwarna biru ‘memancing’ duit dari tabung Masjid Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, di sini, diberkas awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian berkenaan, Khamis lalu.

“Kejadian pukul 3 pagi itu berlaku apabila mangsa dimaklumkan seorang pengawal keselamatan bahawa dirinya melihat kelibat individu cuba memancing duit daripada tabung masjid.

“Mangsa kemudiannya membuat semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek adalah seorang lelaki yang memakai telekung berwarna biru, berseluar warna hitam dan berpelitup muka.

“Suspek ketika itu cuba memancing duit daripada tabung masjid yang berada di bahagian koridor luar tepi masjid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, cubaan mencuri itu gagal apabila kelibatnya dikesan pengawal keselamatan lalu suspek terus melarikan diri sebelum sempat mencuri apa-apa.

Tambah Zaid, bertindak diatas laporan, sepasukan polis Balai Polis Bandar Baru Bangi telah menangkap suspek yang juga seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun di Flat Kajang Mewah, di sini, pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Turut dirampas sehelai baju t-shirt lengan panjang warna hitam, sehelai kain telekung warna biru dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 disyaki digunakan semasa kejadian.

“Dengan penangkapan suspek, beberapa kes berjaya diselesaikan membabitkan kecurian duit serta telefon bimbit di dalam masjid dan surau di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi,” ujarnya.

Jelas Zaid, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes Sarjan Muhammad Fadeli Safii di talian 012-5373134,” katanya.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Sanggup Rompak Satu Dolar Untuk Masuk Penjara | Seorang lelaki sanggup merompak hanya AS$1 (RM4.50) di sebuah bank pada Isnin, demi dihantar ke penjara.

Selepas melakukan rompakan, lelaki berusia 65 tahun itu menunggu di lobi untuk ditahan polis, lapor portal KSL.com.

Donald Matthew Santacroce ditahan di Penjara Salt Lake County untuk siasatan kes rompakan itu.

Berdasarkan afidavit polis, Santacroce memasuki Wells Fargo, 299 S Main dan memberi juruwang nota: “Tolong maafkan saya kerana melakukan ini tetapi ini adalah rompakan. Tolong beri saya AS$1. Terima kasih”.

Juruwang memberi Santacroce wang yang diminta dan kemudian memintanya pergi.

Namun, Santacroce sebaliknya memberitahu juruwang untuk menghubungi polis, kata afidavit itu.

Santacroce duduk di lobi bank dan menunggu polis tiba.

Sementara menunggu polis yang tiba lambat, dia berkata kepada mangsa bahawa mereka bernasib baik kerana dia tidak mempunyai pistol.

Menurut afidavit itu, pengurus cawangan membawa semua pekerjanya ke bilik belakang berkunci bagi keselamatan mereka.

Berdasarkan laporan, suspek melakukan jenayah itu kerana mahu ditahan di penjara persekutuan dan sekiranya tidak, dia akan merompak bank lain serta meminta lebih banyak wang.

Terdahulu, Santacroce ditahan oleh Peronda Lebuhraya Utah di Iron County kerana memandu secara cuai dengan lesen memandu sudah digantung.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply