(VIDEO) Lelaki TERGAMAK Tetak Bekas Isteri Bertubi-Tubi Di Tepi Jalan | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang lelaki menetak muka seorang wanita yang dipercayai bekas isterinya secara membabi buta sehingga mangsa mengalami cedera parah, lapor laman berita Suara.com.

 

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri.

Jenayah itu dikatakan berlaku di Desa Dagang Kerawan, wilayah Sumatera Utara.

TONTON VIDEO TERBABIT:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kabar Negri (@kabarnegri)

Seorang lelaki dilihat berulang kali memukul seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam selepas mangsa terjatuh daripada sebuah motosikal.

Kejadian itu berlaku pada waktu siang dengan banyak kenderaan dilihat lalu lalang di lokasi berkenaan.

Sebilangan penduduk didengari menjerit ketika mangsa diserang. Ketika mereka cuba menghampiri kawasan itu, pelaku melarikan diri ke tengah sawah.

Suspek dikatakan bernama Sumartono, manakala mangsa ialah Dewi Dahliana dan berusia 50 tahun.

Mangsa diserang lelaki berkenaan ketika hendak pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal selepas selesai membeli barang keperluan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kenapa diam sahaja tidak dibantu, malah menjerit,” kata seorang netizen.

“Yang merakam video kenapa tak bergegas membantu,” komen netizen lain.

“Kenapa siperakam lebih mementingkan untuk terus merakam video dari menolong wanita terbabit” ulas seorang netizen.

“Kalau saya yang sedang bawa motosikal tersebut, sudah saya langgar lelaki yang sedang menetak terbabit” komen seorang lelaki.

“Pelik kenapa orang disekeliling tidak peduli ketika mangsa diserang?” komen seorang netizen.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply