(Video) Lucu, Wanita Ini Semangat Nak Rakam, Tiba-Tiba ‘Background’ Tercabut Pula | Rentetan dari pandemik yang berlaku, orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di rumah jika tiada sebarang urusan penting di luar. Begitu juga dengan pendidik atau yang lain perlu bekerja di rumah bagi mengekang wabak ini.
Semalam, tular seorang wanita yang sedang merakam dirinya berucap sebagai penterjemah di televisyen akan tetapi secara tiba-tiba latar belakang bagi video tersebut tercabut. Perkongsian yang dimuatnaik oleh anaknya itu mendapat perhatian penonton yang melihat kerana reaksi ibunya sangat lucu.
Wanita tersebut hampir berputus asa kerana pelbagai halangan ketika sedang merakam sperti bunyi cicak dan latar belakang yang jatuh. Dikatakan beliau juga merupakan seorang pendidik di Open University Malaysia (OUM). Kicauan tersebut mendapat 8, 637 ulang ciap serta 21 000 tanda suka.
“Dengan cicak berbunyi lagi… Ibu dah cantik dah…“
alahai comel jer my mum nak record video tetiba background tercabut pic.twitter.com/QZ3AzUyKOy
— أزهاري خافيظ (@azhari_hafiz00) February 6, 2021
Bukan perkara yang mudah..
Alaa comelnya…to be honest, this is not an easy work. I can imagine how frustrating it would be if this were to happen when one is exhausted. Major respect to all the dedicated educators out there 🤍🤍
— cho ⚡︎ (@anisnxbila) February 6, 2021
Kesian, gayanya sangat penat.
Alhamdulillah kadang bukan tak kesian dengan effort tenaga pengajar ni, tapi itulah. Kita student ni pun sakit nak belajar online. Masalah itu ini,
— Abu | FWD Takaful (@aimanfaezzz) February 6, 2021
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang terhibur dengan perkongsian tersebut. Ada juga yang memuji terhadap ibunya itu.
thank you Xavier Naxa
— أزهاري خافيظ (@azhari_hafiz00) February 6, 2021
Hahahah sho cuteee “ibu dah cantik dah” 😂
— fb (@fikaaabonooo) February 6, 2021
Sumber : @azhari_hafiz00