(Video) Mahu Buktikan Covid-19 Tidak Wujud, Lelaki Jilat Mesin ATM

| January 27, 2021 | 0 Comments

(Video) Mahu Buktikan Covid-19 Tidak Wujud, Lelaki Jilat Mesin ATM | London – Seorang lelaki bertindak melampaui batas apabila dia menjilat papan kekunci sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) baru-baru ini.

Lelaki itu turut menjerit bahawa Covid-19 adalah palsu. Dia dipercayai salah seorang daripa­da golongan yang tidak mempercayai kewujudan koronavirus, la­por akhbar The Sun kelmarin.

Polis Yorkshire Selatan masih menjalankan siasatan bagi me­ngesan lelaki itu. Suspek memuat naik rakaman video dia menjilat papan kekunci ATM di Sheffield itu di laman Facebook.

Tonton Video Tersebut:

“Kami boleh mengesahkan bahawa kandungan video tersebut telah dilaporkan kepada polis dan siasatan sedang dilakukan,” kata jurucakap polis dalam satu kenyataan.

Menerusi paparan video yang tular itu, suspek memberitahu bahawa dia keluar setiap hari sejak perintah berkurung koronavirus dilaksanakan, namun, tidak mendapat jangkitan Covid-19.

“Sekiranya anda tidak percaya, saya perlu membuktikan kepada anda semua bahawa anda telah dibohongi oleh pemerintah yang mencuri.

“Koronavirus mengarut,” jerit­nya selepas menjilat papan ke­kunci mesin ATM.

Covid-19 adalah virus yang tersebar melalui udara dan cecair badan yang bermaksud sesiapa yang menyentuh mesin ATM dijilat lelaki itu berisiko mendapat jangkitan jika dia mempunyai koronavirus.

Sumber : Kosmo 

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *