(Video) Mujur Tak Dilanggar Kenderaan Lain, Kanak-Kanak Terjatuh Di Tengah Jalan Dari Minivan

| April 6, 2021 | 0 Comments

(Video) Mujur Tak Dilanggar Kenderaan Lain, Kanak-Kanak Terjatuh Di Tengah Jalan Dari Minivan| Terbaru, menerusi satu rakaman litar tertutup memaparkan seorang kanak-kanak terjatuh dari kenderaan yang dinaikinya di tengah jalan raya yang sibuk.

(Video) Mujur Tak Dilanggar Kenderaan Lain, Kanak-Kanak Terjatuh Di Tengah Jalan Dari Minivan

Menurut The Sun, kanak-kanak tersebut membuka pintu bonet belakang kenderaan jenis mini van yang dinaikinya sebelum terjatuh.

Kanak-kanak tersebut dilihat terus bangun dan berlari menuju ke arah mini van itu semula.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut segera menghentikan kenderaan mereka sehingga ibunya mengambil budak itu semula.

Kejadian yang berlaku di China itu menunjukkan kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana tiada kereta memecut laju ketika dia terjatuh.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada dia mengalami kecederaan ataupun tidak.

Sumber : The Sun

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *