(Video) Mula-Mula Suruh Pilih ‘Sampul’ Yang Berkenan, Akhir Sekali Gadis Bagi Semua Sebagai Tanda Balas Jasa

| March 7, 2021 | 0 Comments

(Video) Mula-Mula Suruh Pilih ‘Sampul’ Yang Berkenan, Akhir Sekali Gadis Bagi Semua Sebagai Tanda Balas Jasa | Pengorbanan ibu bapa yang telah mereka korbankan demi anak-anak tak terbalas jasanya kerana terlalu besar dan banyak yang telah mereka lakukan. Mereka hanya mahu melihat anak-anak menjadi yang terbaik di dunia ini.

Sebagai anak pula, sudah semestinya kita juga berkeinginan untuk membalas jasa mereka walau dengan sekecil perkara. Lebih-lebih lagi apa yang kita beri itu adalah hasil dari titik peluh usaha sendiri. Itu sudah cukup memuaskan hati.

(Video) Mula-Mula Suruh Pilih 'Sampul' Yang Berkenan, Akhir Sekali Gadis Bagi Semua Sebagai Tanda Balas Jasa

Tular baru-baru ini, sebuah video dari pengguna Twitter yang dikenali sebagai Izzah Mohd, menyuruh ibu dan bapanya memilih satu dari beberapa sampul yang dihulurkan.

 

“Ibu bapa saya banyak berkorban untuk saya. Ini buatkan saya ingin membalas jasa mereka dengan sehabis baik yang boleh saya lakukan. Alhamdulillah.”

Selepas memilih, ibu dan ayahnya terkejut kerana ianya berisi duit dan terus mengucapkan terima kasih.

Tidak cukup dengan itu, Izzah telah memberi kesemua sampul yang dihulur tadi sebagai tanda balas jasa kedua orang tuanya yang telah membesarkannya sehingga sekarang.

Thank you very much my dear bongsu Izzah. Semoga murah rezeki, dirahmati Allah. Ingat Allah, Allah yang bagi rezeki. Rezeki ini daripada Allah” doa ibunya.

Mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas hadiah yang telah diberi. Semoga rezeki Izzah selalu melimpah ruah. Dengan rezeki yang ada, ingatlah kepada Allah untuk kehidupan kita bersama di dunia dan diakhirat” doa ayahnya.

Reaksi comel ibu dan ayahnya telah mendapat perhatian ramai di Twitter. Perkongsian tersebut mendapat lebih dua ribu tanda suka dan lebih enam ratus ulang ciap. Rata-rata warganet memuji dengan perkongsian tersebut di ruangan komen.

(Video) Mula-Mula Suruh Pilih 'Sampul' Yang Berkenan, Akhir Sekali Gadis Bagi Semua Sebagai Tanda Balas Jasa

Sumber : Izzah Mohd

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *