(Video) Myvi ‘Terbang’ Melintasi Parit Selebar Enam Meter | Seorang pemandu Myvi berusia 27 tahun cedera apabila kereta yang dipandunya terbang melintasi parit selebar enam meter berhampiran Bukit Indah, awal pagi semalam.

(Video) Myvi 'Terbang' Melintasi Parit Selebar Enam Meter

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1373878712538525697?s=20

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, akibat daripada kejadian itu, lelaki tersebut mengalami kecederaan di bahagian muka dan kakinya serta telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi, apabila kereta tersebut dilihat bergerak lurus ketika tiba di bulatan lalu merempuh pokok bunga sebelum terbang melintasi parit selebar enam meter.

“Pemandu tersebut tidak berada dalam pengaruh dadah mahupun alkohol namun kereta tersebut mengalami kerosakan seperti kemekĀ  di bahagian depan, bonet dan beberapa lagi kerosakan”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya 1959 kerana gagal mengawal kenderaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Khairi Zainudin berkata, kaki pemandu terbabit tersepit sebelum bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

“Seramai lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membebaskan pemandu tersebut yang terperangkap di tempat duduk pemandu dengan menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk mendapatkan rawatan”, katanya lagi.

Sebuah video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta Myvi putih yang dilihat terbabas melepasi sebuah parit kira-kira sejauh ’50 meter’ sebelum merempuh sebatang pokok.

Sumber: The Star

Share.

Leave A Reply