Pemandu Lori Terbabas, Maut Di Tempat Kejadian | Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan jatuh ke bukit setinggi lebih dua meter kejadian Bukit Kuari Jerus di sini, hari ini.

(VIDEO) Pemandu Lori Terbabas, Maut Di Tempat Kejadian

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Dali Mohd Yunus, 53, yang tersepit di tempat duduk pemandu dan cedera di bahagian belakang kepala, tangan kanan dan kaki kanan maut di lokasi kejadian.

Terdahulu, kejadian itu tular di laman sosial Facebook yang menyaksikan lori dipandu mangsa jatuh ke lereng bukit dan mangsa tidak sempat diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, sebelum kejadian mangsa memandu kenderaan yang diisi tanah dalam perjalanan turun ke bawah.

Katanya, apabila sampai di lokasi kemalangan iaitu satu selekoh ke kiri, mangsa gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke lereng kanan bukit.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tersepit dan cedera sebelum maut di lokasi kemalangan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk dibedah siasat,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Inforoadblock

Share.

Leave A Reply