Pemuda Maut Dalam Kereta Terbalik, Nahas Kemalangan Tiga Kereta | Baru-baru ini, tular satu video di laman Twitter memaparkan sebuah kereta melanggar lampu isyarat merah dan menyebabkan kemalangan dengan dua lagi kereta lain.

(Video) Pemuda Maut Dalam Kereta Terbalik, Nahas Kemalangan Tiga Kereta

Menerusi video yang berdurasi kurang 30 saat itu, menunjukkan sebuah kereta jenis Suzuki Swift dipercayai memandu laju sehingga melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios di hadapannya.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Tengah-Bayan Baru, Pulau Pinang dan mendapati pemuda yang berusia 25 tahun telah tersepit di dalam kereta yang dipandunya.

Dilaporkan, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. Selain itu, turut dilaporkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi juga terlibat dalam kemalangan tersebut selain kereta jenis Toyota Vios.

Dalam kejadian tersebut, dua pemandu kereta lain itu mengalami kecederaan ringan, manakala mangsa yang merupakan pemandu kereta Suzuki Swift meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau pinang.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1377603145593843713?s=20

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1377615736164716556?s=20

Sumber : penanam anggur, Utusan Malaysia

 

Share.

Leave A Reply