Seorang pengusaha bengkel kenderaan maut selepas dirempuh sebuah kereta lumba ketika menyaksikan pertandingan ‘CCT Battle of Champion’ di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, dari Taiping, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan di paru-paru.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata terdahulu dua kereta lumba jenis Proton Satria dipercayai hilang kawalan selepas bergesel ketika menghampiri garisan penamat.

“Salah sebuah kereta berkenaan terbabas ke kanan laluan litar lalu memasuki kawasan berumput yang mempunyai beberapa penonton ketika itu.

“Mangsa yang berada kira-kira 30 kaki (9.14 meter) dari laluan litar, dirempuh kereta terbabit. Penonton lain yang berada di kawasan berumput itu bagaimanapun sempat melarikan diri dan tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa diberi rawatan segera oleh pasukan pegawai perubatan yang sudah bersedia di kawasan litar sebelum perlumbaan bermula,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusri berkata, mangsa yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang menggunakan ambulans, namun disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang tadi ketika dirawat di wad kecemasan.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Litar Dato’ Sagor diuruskan oleh sebuah syarikat pengendali yang menyewanya daripada Majlis Daerah Perak Tengah, manakala penganjur pertandingan hari ini (semalam) pula menyewa daripada syarikat pengendali itu,” katanya.

Sejak petang semalam, satu rakaman video insiden itu tular dalam media sosial.

Sumber : BH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Lelaki Ditemui M4ti Depan Rumah

Seorang penganggur yang dalam status orang pengawasan polis, ditemukan mati di hadapan rumahnya di Taman Klebang Putra, Chemor di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota Balai Polis Chemor bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.30 malam dan mendapati satu mayat lelaki di luar rumah teres satu tingkat yang didiami mangsa dan isterinya.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berumur 37 tahun merupakan seorang penganggur yang telah melarikan diri daripada pengawasan polis Parit Buntar.

“Temu bual bersama adik ipar lelaki mangsa yang baru sahaja menumpang di rumahnya selama seminggu memaklumkan bahawa pada masa kejadian, beliau terdengar ada orang mengetuk pintu rumah dan mengatakan lelaki itu kena langgar.

“Saksi membuka pintu dan ternampak sebuah motosikal yang tidak dikenal pasti model dan nombor pendaftaran telah melarikan diri dari tempat kejadian. Kemudian saksi ternampak mangsa berada di hadapan rumah dalam keadaan terlantar dan tercungap-cungap. Mangsa juga tidak mengatakan apa-apa kepadanya (sebelum meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut oleh pasukan siasatan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati terdapat kesan kecederaan pada telinga, tangan, kaki dan badan mangsa.

“Ada kemungkinan si mati merupakan mangsa kemalangan. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas si mati diperlukan untuk menentukan punca kematian,” kata Mohd Yusri dan menambah bedah siasat akan dijalankan di hospital itu hari ini.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply